Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera selepas disyaki didera penjaganya di sebuah rumah di Pandan Perdana, pada Sabtu.<br /><br />Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu pada 1 tengah hari yang terdengar tangisan mangsa di rumah tersebut dan melihat terdapat kesan kecederaan pada muka dan badan kanak-kanak itu.
